Sunday 22 May 2011

Misteri Michael Jackson





Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Wallahualam

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

Hack Facebook Dengan Kaedah Recovery

Adalah tidak menghairankan lagi apabila seseorang itu menerima pelawaan untuk menjadi rakan oleh orang yang tidak dikenalinya di Facebook (macam zaman Myspace dulu la..)..kerapkali kesemua permintaan untuk menjadi rakan di Facebook itu diterima untuk mengembangkan persahabatan dan tak kurang juga ada yang hendak menambahkan bilangan rakan..kelihatannya pada kebiasaan, Facebook selebriti dan mereka yang melakukan urusniaga kerap menerima 100% permintaan untuk menjadi rakan itu berbanding orang kebiasaan (biasa la..selebriti kena jaga hati peminat kan)..

Akaun dari jenis ini adalah yang PALING SENANG TERDEDAH KEPADA PENGGODAM..anda tidak perlukan sebarang kebijaksanaan ataupun ilmu hacking yang tinggi untuk melakukannya kerana anda hanya perlu melalui proses password recovery Facebook bersama 2 lagi rakan Facebook oleh akaun sasaran.

Anda dengan mudah boleh mendapatkan akses ke akaun tersebut dengan pendekatan yang sederhana..anda cuma perlu menggunakan ciri-ciri Facebook Password Recovery yang boleh dicapai melalui pautan “Forgot your password?” pada laman log masuk ke Facebook..

Setelah anda dapat mengenalpasti rakan-rakan, Facebook akan mencadangkan untuk mendapatkan semula kata laluan melalui alamat e-mel yang sedia ada..bagaimanapun ciri ini boleh dilepasi melalui pautan “No longer have access to these?”..dalam kes ini, Facebook akan meminta alamat e-mel yang baru..langkah seterusnya Facebook akan menanyakan soalan yang berkaitan dengan akaun tersebut..ciri ini juga boleh dilepasi dengan cara menaip jawapan yang salah sebanyak 3 kali..selepas itu, Facebook akan memberikan anda cara yang lebih memeranjatkan untuk mendapatkan semula kata laluan, iaitu dengan sokongan 3 orang rakan..




Hack Facebook Dengan Kaedah Recovery:

1. Pertama sekali, anda perlu memilih 3 orang rakan 'yang dipercayai'..3 orang rakan ini akan menerima 3 code yang diperlukan untuk mengubah kata laluan akaun tersebut.

2. Pilih diri anda sendiri dan kemudian anda akan menerima code dari Facebook. dengan 3 code itu, anda dengan mudah akan dapat mengubah kata laluan akaun mangsa.

3. Masalah utamanya ialah 2 orang rakan lagi yang anda tidak begitu kenal dan tidak dapat dipercayai sepenuhnya boleh mendapatkan akses ke akaun itu melalui kaedah password recovery itu tadi..jadi?

4. Masalah ini juga boleh dilepasi melalui Teknik Social Engineering..buat lagi 2 akaun Facebook yang palsu dan tambahkan akaun mangsa ke dalam senarai rakan..sekarang, dapatkan ketiga-tiga code dari Facebook dan kesemuanya sudah selesai!!


Sedikit Pesanan: Akaun sasaran anda akan dikunci selama 24 jam selepas kata laluan diubah dan e-mel pengguna yang asal akan menerima pemberitahuan akan penukaran kata laluan bersama dengan senarai 3 orang rakan yang menerima code dari Facebook. bagaimanapun sekiranya 3 rakan ini adalah palsu, adalah tidak penting lagi sekiranya anda mengetahui nama mereka..

Hack Server Anda! - Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian

# Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run dan taip regedit.

# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:
HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings. (Perhatian..kalau korang takde forder InternetSettings tu, korang hanya perlu 'create new key' aje..)

# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.
Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.
# Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk mengedit nilai Dword.
Pilih sebuah base. Jika Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99. Jika korang memilih untuk Decimal, set kepada 153.

# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. (korang copy aje la dari sini)
Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas.

# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste
kod berikut dan simpan dengan nama fail dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:



Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d



setelah korang savekan fail notepad tadi (.txt) kepada fail yang dinamakan sebagai dnscache.reg (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? (apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-thick pada Hide extensions for known file types

Avenged Sevenfold - Dear God